لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Sunday, February 27, 2011

Hari Esok Untuk Islam (Bhg II)

Fajar Menyinsing

tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lag. kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar diseluruh pelosok dunia. Umat islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mua bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah-dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan "terrorist" dan "fundamentalist".

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan2 komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat2 kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna didalam hati -hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam diseluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan telah berlaku pada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam memegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin

sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak dimiliki oleh manusia lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah ini merupakan "Rabbani Taujih" (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya di muka bumi ini.

3 kekuatan mampu mengugat kekuatan musuh :

Pertama : Kekuatan Kuantiti

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya disyukuri. Firman Allah SWT :

" Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian telah menjadi banyak.."
(Al-A'araf: 86)

Jamaluddin Al-Afghani pernah berkata kepada rakyat India : " Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris.

Kedua ; Hasil Bumi

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semua ini kepunyaan muslimin.

Ketiga : Manhaj Rabbani

Sikap Kita

kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang2 kafir.


Ingatlah wahai pejuang, mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah dibahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT nanti.

Kata-kata Saidina Umar kpd sahabatnya :

"Impikanlah" seorang pemuda berkata : " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan allah. "Umar berkata lagi : "Impikanlah". Seorang pemuda berkata : Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah. " Umar berkata lagi : "Impikanlah". Mereka berkata : kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin " Umarpun berkata : "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dab nernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini..Wallahua'lam...

Saturday, February 26, 2011

MATI itu pasti..





Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Ali Imran: 185 )

renungan untuk diri dan sesiapa yang sudi bersama merenung diri..

lebih kurang 3 minggu lepas.. perasaan yang tidak pernah dirasai dalam diri ini sebelum ni, pertama kalinya dalam hidup kehilangan & pemergian keluarga yang terdekat..iaitu satu2nya atuk yang dikenali dalam dunia ini telah meninggal dunia di sisi akibat pendarahan dalam kepala & sakit tua..
2 minggu lepas.. kehilangan pula seorang sahabat akibat kemalangan jalan raya..
beberapa hari lalu pula.. mendapat berita adik kepada seorang sahabat pula telah pergi menghadap Illahi juga kerana kemalangan...

Ya Allah..sesungguhnya MATI itu suatu kepastian...tapi apakah aku sudah bersedia meghadapinya..?? adakah selepas ini giliranku pula untuk di panggil menghadapMU..?? adakah sudah cukup dan sempurna amalanku ini untuk menghadapMu Ya Rabbi... Aku merasakan diriku ini masih banyak berdosa kepadaMU Ya Rabbul Izzati..
Tapiku Yakin RahmatMu sentiasa menanti buat hamba-hamba yang Engkau Redhai..
Ya ALLAH..Ya RAHMAN..Ya RAHIM...
Redhailah hidup kami..

Marilah kita merenung muhasabah diri sebagai seorang hamba jap.

...استغفر الله العظيم...
...استغفر الله العظيم...
...استغفر الله العظيم...




Wednesday, December 22, 2010

La Tansa Dalam Ingatan..


La Tansa..?
Jangan Lupa..?
InsyaAllah diri ini tidak akan pernah melupakan " Kem La Tansa " yang penuh memori nie

Mohon maaf juga kepada sahabat2 blogger n pembaca setia laman insan kerdil ni sebab dah 3 minggu tak mengupdate blog nie.. Almaklumlah, 2 minggu duk n belajar menjadi warga hutan..=D sangat banyak perkara yang dilalui dan dapat di pelajari sepanjang pengembaraan ini.. sangat indah aturan Allah SWT sepanjang 2 minggu berada di kem La Tansa, jerantut..

Entri kali ni takde banyak bicara, cuma sekadar gambar2 ingin di sajikan untuk adik2 peserta kem " Intelektual Sufi ", sahabat2 fesi n sahabat2 pengunjung semua

12 jam pengembaraan di dalam hutan

ya Allah, takutnya saya kalau belon ni pecah..;-)

jom bersenam bersama kami? sehatkan badan..;-D

kami sedia..kami sedia.. bermulanya pengembaraan mendaki hutan belantara..=D

abg yo, abg mud bersama tok batin kg Org Asli..=D

berjalan menuju Redha Allah..(^_^)..

Dik Daus, jangan nakal2 yer.. ingat pesanan abg wan.

wajah sahabat2 fesi yang bersemangat n ceria..(^_^)..

huh..letih2, rehat jap tepi sungai bersama shbt n abg2 urusetia

sesi masak memasak.. cam sedap je dik..? =D

kenangan bersama dik che ngah n abg teh..=D tringat kamu..

para mujahidah bersedia untuk mendaki gunung everest jerantut..=D

pesanan & doa untuk adik2 semua..semoga menjadi mukmin mukminah yg soleh & solehah
Doa abg Abg Wan untuk semua..semoGa Redha Allah sentiasa bersama kamu..

~Wallahua'lam~

Monday, November 29, 2010

HaRi EsOk UntuK IsLam (Bhg I)


Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangnan islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat islam apabila umat islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olah kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al-fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran berleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. FAJAR islam akan MENYINGSING tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi akan mentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya..

Firman Allah Taala :

“Mereka cubauntuk mamadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-NYA walaupun orang kafir tidak menyukai

[At-Taubah : 32]

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah Rasulullah Saw, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat2 tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Didalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada suraqah yang cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awa, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan Al-Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah Saw mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi inidan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah Saw kepada mereka.


InsyaAllah sekiranya Allah s.w.t masih memberikan kekuatan kepada diri ini untuk mengerakkan jari-jemari ini terus menari, jumpa lagi di di bhg II nanti..(^_^)..

Selamat Membaca !

~Wallahua'lam~

Wednesday, November 24, 2010

MaSih TaK PerCaya ?



Keesokan paginya, bergeraklah pemuda tersebut ke arah yang dinyatakan oleh Nabi Musa. Setibanya dia ke batu tersebut, dia pun bersembunyi. Terdapat sebuah mata air mengalir di bawah batu itu. Tidak lama selepas itu, datanglah seorang lelaki menaiki kuda. Setelah minum dan memberi minum kudanya, lantas dia berlalu pergi. "Eh, kantung airnya tertinggal,"bisik pemuda itu. Mahu rasanya dia berteriak kepada penunggang kuda tetapi hatinya menghalang. "Nanti, aku mahu lihat sejauh mana kebenaran kata-kata Musa mengenai tuhannya," senyum nakal terukir di bibir si pemuda.

Tidak lama selepas itu, datang seorang budak lelaki ke mata air tersebut. Demi terlihat kantung air yang ditinggalkan di atas batu, budak tersebut terus mengambilnya dan berlalu pergi. "Hei, itu kantung lelaki berkuda, jangan kau curi..." jerit pemuda di dalam hati. Dan seketika, terlihatlah olehnya seorang lelaki tua yang bertongkat menuju ke arah mata air tersebut. Melihatkan keadaannya, rasanya lelaki tua itu kurang penglihatan. Dengan bersusah payah, lelaki tua itu duduk berehat di atas batu tempat kantung air diletakkan dahulunya.

Tiba-tiba lelaki berkuda tadi datang kembali. "Hei orang tua, ada kamu lihat kantung airku di atas batu ini?" kasar suara lelaki itu. "Tidak nak, aku ini baru sahaja sampai di sini, lagi pula, untuk apakah aku mangambilnya?"jawab si tua perlahan. "Ah, bohong. Aku lihat kamu ini seorang yang tidak boleh dipercayai. Entah-entah kamu telah mengambil dan menyembunyikannya. Serahkan kembali kantung air itu orang tua, atau buruk padahnya..." suara ancaman lelaki tersebut benar-benar biadap."Tidak, tidak, aku tidak mengambilnya. Lihatlah keadaanku, mataku rabun dan hampir buta, mustahil aku mengambilnya, melihatnya pun tidak..."hujah si tua.

Tanpa disangka tanpa diduga, lelaki berang itu menghunus dan merodok belatinya ke perut si tua. Amarahnya meluap menutup akal warasnya. Si tua tewas di tangan gagah lelaki durjana. Dia memacu kudanya deras meninggalkan mata air, dengan darah di tangan yang masih merah basah.

Si pemuda tergamam. Segala peristiwa yang berlaku sepantas kilat, sukar difahami. Badannya menggigil melihatkan tubuh si tua longlai di atas batu. Dan dia meninggalkan mayat itu lantas menemui Nabi Musa.


"Wahai pemuda, sudahkah kamu melihatkan kebijaksanaan dan keadilan Allah?" sapa Nabi Musa seraya menyambut pemuda itu. "Sukar untukku percayai apa yang berlaku. Apakah ada keadilan di dunia ini? Di manakah tuhan ketika manusia benar2 memerlukannya? Mengapakah insan yang tidak berdosa terkorban tanpa pembelaan?" tutur katanya tidak keruan, meracau barangkali. "Sabar wahai pemuda, ceritakanlah apa yang kau lihat sepanjang hari," pujuk Nabi Musa penuh hikmah.

Lalu diceritakanlah segala yang berlaku. Betapa kantung air itu adalah milik lelaki berkuda, dan diambil atau dicuri lebih tepat, oleh seorang budak, tetapi mengapa mesti si tua yang kurang penglihatannya pula dituduh dan dibunuh? "Kamu kata tuhanmu maha melihat dan maha adil. Di manakah tuhanmu ketika itu wahai Musa?" soal si pemuda kepada Nabi Musa. "Wahai pemuda, sesungguhnya Allah itu maha luas pengetahuannya dan Dialah yang Maha Adil. Ilmunya menguasai segala perkara yang terlihat dan tersembunyi. Dan keadilannya meliputi segenap waktu dan tempat. Tahukah kamu bahawa pemuda berkuda itu baru sahaja merompak sebuah rumah? Antara benda yang dicurinya adalah kantung air yang kau lihat tadi. Dan budak lelaki yang mengambil kantung itu adalah pemilik sebenar kantung tersebut. Maka seadilnyalah dia mendapatkan kembali hartanya yang dicuri. Lagi pun, kantung itu ditemui semula oleh pemiliknya, bukanlah diambil secara tidak sah, adil kan?"Nabi Musa menerangkan duduk sebenar.

"Tapi, mengapa pula lelaki tua itu dituduh dan kemudiannya dibunuh? Dosa apakah yang menyebabkan dia menerima nasib seburuk itu? Adilkah itu?" masih tak puas hati. "Dan lelaki tua itu sebenarnya telah membunuh bapa kepada lelaki berkuda sewaktu mudanya. Tiada saksi dan bukti yang kukuh terhadap lelaki tua itu dan selama ini dia terlepas dari hukuman pemerintah. Hanya Allah yang maha mengetahui mengenai rahsia si tua itu, dan hari ini, dia telah menerima hukuman setimpal,"penerangan yang sangat jelas oleh Nabi Musa. "Nah, sekarang kamu telah lihat betapa luas pengetahuan Allah dan keadilannya. Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas dan kadang kala tidak tercapai oleh akal manusia. Adakah keadilan selain daripada keadilan Allah?" pertanyaan Nabi Musa yang lembut benar2 mematikan hujah si pemuda, memecah bendung keegoannya dan meruntuh tebal kejahilannya.

"Benar wahai nabi Allah. Dan aku bersaksi bahawa Dialah Allah tiada tuhan selain-Nya, dan kamu adalah utusan-Nya. Terimalah imanku..."ucap si pemuda dengan iringan air mata

Related Posts with Thumbnails