لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Sunday, November 27, 2011

Takutkan Manusia atau takutkan Allah..


:: Salam Maal Hijrah 1433H Buat seluruh Umat Islam ::
Hari ini lebih baik dari semalam..InsyaAllah!!

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai situasi 2 keadaan perihal manusia. yang pertama manusia yang takutkan manusia. Dan kedua, golongan manusia yang hanya takutkan Allah...

Seminggu yang lepas, perasaan excited apabila mendapat tahu untuk semester akhir nie, Ust Tarmizi @ nama glamor di kalangan pelajar Sheikh Tirmizi yang akan mengajar kelas syariah semester 6 bagi madah "Qawaid Fiqhiyah", hati terus berbunga-bunga...=D Dah lama berharap dapat menadah ilmu dalam kelas bersama Sheikh oleh kerana terkenal dengan kehebatan ilmu beliau..

Jadi kelas pertama untuk madah "Qawaid Fiqhiyyah" bermula... Apa yang sangat di tekankan oleh Sheikh Tirmizi ialah mengenai adab2 seorang pelajar, setiap bait2 kata beliau mempunyai maksud yang sangat penting buat "penuntut ilmu" Allah Swt nie..

~Takutkan Allah bukan takutkan pada Manusia~

Dialog@kata2 Ustaz/Sheikh Tirmizi :

yang pertama skali ana nak orang yang nk menuntut ilmu nie kena jujur, jujur pada diri sendiri, jujur pada ibubapa, jujur para murabbi, dan yang paling penting sekali jujur dengan Allah Swt. Kerana Allah Maha melihat setiap apa yang dilakukan oleh hambaNya..

Contoh yang cukup simple, mengenai kehadiran kelas.. untuk kelas ana, sapa2 yang tak hadir ke kelas, tak perlulah bawa surat doktor... yang penting antum maklum sebab tak hadir.. tak kira sama ada antum tertidur ke apa2 ke.. ana tak kisah, yang penting skali, antum seorang pelajar yang jujur.. kalau Tidur kata tidur, malas kata malas.. jangan menipu..!!

Orang yang takutkan Allah akan bersifat jujur dan amanah akan ILMU...

**************

Ok, sebagai seorang penuntut ilmu, memang tak lari dari pelbagi ujian dlm menuntut ilmu kan..? Ada kala tu rasa semangat, ada kala tu rasa lemah.. Oleh sbb itu umat islam perlukan kekuatan. contoh mudah saya amik di sini, contohnya skrg musim hujan, Jadi apabila ditanya oleh pensyarah kenapa tak datang kelas, ada yang memberikan alasan kasut basah, baju tak kering, stokin di hanyut banjir..=D dan bla.bla..bla... pelbagai alasan yang kurang munasabah..

Maksud di sebaliknya yang dapat kita lihat ialah, tanpa sedar, ramai manusia yang takut apabila berdepan dengan manusia kerana mereka sedar, bahawa berdepan secara jelas.. tetapi dalam masa yang sama, ramai juga manusia yang tak takut apabila berdepan Allah kerana mereka tak sedar Allah sentiasa melihat dan berdepan dengannya..

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"

(QS 65. Ath Thalaaq 2-3)


Friday, November 4, 2011

Salam EiduL Adha Buat Semua Umat Islam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allhamdulillah.. Kalimah ini lah mendahului segala kalam, oleh kerana Allah Swt masih memilih kita tahun ini. Semoga setiap pengorbanan kita bernilai IBADAH dcc Allah Swt.. insyaAllah.. Disamping kegembiraan dapat menyambut ketibaan Raya Eidul Adha pada tahun ni.. sama2 kita singkap kembali pengorbanan yang sangat besar yang telah di lakukan oleh nabi Allah Ibrahim Alaihi Salam & nabi Allah Ismail Alaihi Salam.. jom sama2 ambil Ibrah.. fahami erti sebenar pengorbanan melalui tadabbur Al-Quran dan selami sirah-sirah para Anbiya'..

Alhamdulillah, tahun ni ada rezki untuk berkorban di kemboja.. Syukur kerana dapat turut bersama membantu mereka yang berada dalam kesusahan & kesempitan.. Bagi sahabat2 yang ingin berkorban bagi membantu ummat 1 aqidah dengan kita.. Sangat dialu-alukan.. tp untuk tahun ni dah penuh kot.. Oleh kerana masa berbaki 2hari je lagi.. tahun depan insyaAllah ye..=D

kesempatan yang ada Insan kerdil ingin mengucapkan selamat menyambut hari Raya Eidul Adha buat keluarga terchinta yang merata di bumi Allah Malaysia ni, Buat teman-teman seperjuangan, para murabbi, dan secara umumnya buat seluruh Ummat Islam..

Salam

Related Posts with Thumbnails