لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Wednesday, June 30, 2010

Dia AdaLah PiLihan Allah




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ujian Adalah Tarbiah Dari Allah
Adakah Kita akan Sabar?
Ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan


Pernah sahabat2 dengar lirik lagu ni..? apabila saya dengar lagu nasyid ni, sungguh damai nan di jiwa rasa kerana alunan & iramanya yang menyentuh kalbu..kena lah dengan jiwa ni yang minat nasyid sejak dari kecil lagi, kerana ianya halwa kepada telinga & banyak mesej yg berguna yang di sampaikan & dapat di ambil...

Tapi, bukan lah mengenai nasyid yang ingin di kongsi untuk post kali ni..yang saya ingin kongsi untuk post kali ni ialah tarbiah ALLAH SWT melalui UjianNYA


Mari sama2 kita merenung firman ALLAH SWT


mafhum dari surah Al-Ankabut ayat 2-3 :-

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta"


kadang-kadang, Banyak ujian yang Allah berikan kepada hambaNYA...ujian berbentuk sakit, ujian sihat, ujian dengan kemiskinan, ujian dengan kekayaan dan segala bentuk ujian..semua itu adalah ujian dari Allah..

kenapa perlu ada ujian sedemikian rupe ye..? sebab Allah nak menTARBIAH setiap hamba yang menjadi pilihannya..apabila seseorang hamba tu di ujian oleh ALLAH SWT..itu lah tandanya tarbiah Allah..tarbiah Allah ni sangat mahal & bernilai harganya..
dan Allah sangat mengetahui setiap apa yang di aturkan kepada kita selaku hambaNYA

firman Allah
surah Al-Baqarah Ayat : 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

bertuahnya orang terpilih menjadi pilihan Allah kan..??

mari kita merenung lagi.. sejauh mana hebat ujian yang Allah berikan pada kita, hebat lagi ujian pada para RasulNYA kan..menyingkap kembali sirah nabi, mehnah & tribulasi yang di hadapi oleh para nabi dan rasul terdahulu sangat hebat di berikan oleh Allah berbanding kita..

semoga kita semua juga tergolong di kalangan orang yang mendapat tarbiah dari ALLAH inshaAllah!


kesempatan ni mohon kepada sahabat2 mendoakan abah saya yang masih berada di hospital.dah hampir seminggu di wad oleh kerana kesihatan beliau yang masih belum stabil..abah pun masih terpilih dalam melalui ujian dari Allah..

syafakallah unt abah (semoga cepat sembuh)


DOA SELAWAT SYIFA'


Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya

wallahua'lam..=D



Thursday, June 24, 2010

sudah Amanahkah kita??


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ingin bertanya apa khabar iman kita hari ini...saat ini... dan detik ini....?????
adakah semakin bertambah..??berkurang..?? @ sama seperti biasa...??

tanyakan pada IMAN, soalkan pada AMALan inshaAllah kita akan menjumpai jawapan nya....

untuk post kali ini saya ingin berkongsi 1 cerita sebagaimana tajuk (sudah amanahkah kita ??). mengapakah ada persoalan di situ ye.. cerita untuk renungan kita bersama

CERITA

" pernah seorang guru bercerita kepada seorang anak muridnya mengenai sejauh mana kejujuran & amanah setiap orang.."

guru : sewaktu kecil saya pernah menjumpai duit di atas tanah..lantas terus saya mengambilnya dan berasa sangat gembira kerana ianya bernilai buat saya. saya juga merasakan duit tersebut adalah milik saya kerana saya yang menjumpainya..

dan sewaktu pulang ke rumah, mak bertanya dari manakah saya mendapat duit tersebut..?? saya pun bagitau kat mak, saya jumpa duit tu kat atas tanah... lalu mak terus marah saya sebab ambil sesuatu yang bukan hak saya... lantas mak menyuruh saya meletakkan balik duit yang saya jumpai tu kat tempat asalnya dan suruh saya tunggu sehingga tuan punya duit tu ambil balik duitnya yang hilang tu...

saya pun tanya balik kat mak, kenapa sampai kena tunggu..?? mak pun bagitau sebenarnya kamu dah memegang 1 amanah apabila menjumpai duit tersebut..mak bagitau berdosa apabila duit tu di jumpai & gunakan oleh bukan pemiliknya..sebab itu lah sampai sekarang saya memegang nasihat mak saya supaya sentiasa amanah..

murid : bagusnya didikan mak cikgu sehingga dapat melahirkan seorang anak yang betul2 amanah macam cikgu....

The End

tanya pada diri, sudahkah kita betul2 amanah pada perintah Allah & Rasul..??
selagimana tidak terlaksana perintahNYA, maka Amanah akan sentiasa ada pada diri kita yang bergelar muslim..

hari ini juga aku telah di taklifkan untuk memegang 1 lagi Amanah dari Allah
Ya Allah,gagahkan lah kaki ini unt menjalankan setiap Amanah dariMU..

khulasoh :-D
Didik lah hati & diri ni supaya sentiasa pada AMANAH pada Allah, AMANAH pada Rasulullah & AMANAH sesama manusia... supaya dapat melahirkan anak-anak generasi yang AMANAH inshaAllah!!!


Sunday, June 13, 2010

:: KITA YANG MUNAFIQ ::



Kita yang munafiq
Dalam ikrar solatku, hidupku dan matiku hanya untukmu Tuhan
Namun kita sering beralasan dalam menunaikan tuntutan dan kewajipan

Kita yang munafiq
Kerna sering melambatkan ibadah sembahyang
Namun cukup punctual bila nak pi tengok bola dn wayang

Kita yang munafiq
Mengaku beriman akan taat pada suruhan
Namun nafsu dan bisikan syaitan yang kita turutkan

Kita yang munafiq
Sanggup berbelanja untuk bergaya dan bermegah
Namun sukar untuk bersedekah dan beramal jariah

Kita yang munafiq
Yakin pada tuhan yang Satu
Namun tv, hiburan yang kau sembah setiap waktu

Kita yang munafiq
Yakin dan percaya pada azab balasanNYA
Namun kita masih alpa untuk bertaubat padaNYA

Kita yang munafiq
Punyai ilmu dan tahu segala hukumNYA
Namun tetep engkar, lakukan laranganNYA

Kita yang munafiq
Masih tidak puas melakukan dosa
Walau tak terhitung nikmat anugerahNYA

Kita yang munafiq
Masih menafikan diri yang berdosa
Hanya menilai dan melihat keburukan orang sahaja
Walau tuhan sudah kurniakan dua mata, tapi masih buta

Adakah kita munafiq ?
Sedar tak sedar kita tergolong ke dalamnya
Oleh itu….sedar-sedarlah diri wahai manusia..

subhanallah..nauzubillahi min zalik...semoga kita di jauhkan drpd tergolong d kalangan org munafiq.....Allahumma ya Muqallibal Qulub..thabbit Qalbi Ala Deenik wa Ala Tho Atiq..

Wallahua'lam...=D

Tuesday, June 8, 2010

Sekumit Doa Buat pejuang Islam !!

Salam jihad.. Salam Dakwah !!

hari ini dunia sekali lagi di gemparkan dengan kekejaman ISRAEL laknatullah terhadap saudara kita ummat islam di palestin.. tambahan pula peristiwa yang mengejutkan kita apabila bala tentera israel menyerang kapal para sukarelawan kemanusiaan ke Gaza...

ternyata lah sebagaimana firman Allah taala di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawasanya kaum yahudi dan nasrani tidak akan redha selama-lamanya terhadap umat Islam selagi mana tidak mengikut agama mereka ..


Oleh itu ummat islam di seluruh dunia di minta untuk terus berdoa dan membaca Qunut Nazilah untuk keselamatan dan kemenangan ummat islam di sana...

Qunut Nazilah :





Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Wallahua'lam..=D

Kalam RasuL buat Ummat..

Assalamualaikum buat semua sidang pembaca yg budiman..

Hadis rasulullah SAW untuk renungan kita bersama, dan semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat bersama...INSYAALLAH..

Hadis Jundab bin Abdullah Al-Bajali r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah Al-Quran selama mana hati kamu tetap padanya. Apabila kamu berselisih pendapat maka tegakkanlah kebenaran

Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Beberapa hari sebelum munculnya hari Kiamat, ilmu Islam dihapuskan, timbulnya kejahilan dan banyak berlaku jenayah terutama jenayah pembunuhan

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya

Sesungguhnya ibu bapa yang berlaku adil akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga." - (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)

Baginda berkata kepadanya: "Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua." Wanita tua itu menangis kerana ia memahami kata-kata Baginda daripada segi zahirnya saja. Maka Rasulullah SAW berkata, dia tidak akan masuk syurga sebagai orang tua tetapi berubah menjadi muda belia dan cantik. Kisah gurauan ini dinukil Prof Dr Yusuf Al-Qardahawi dalam 'Al-Islam Wal Fann'.

Dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan Sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan Segala apa Yang kamu lakukan.(surah al-Baqarah:149)

Dari Aisyah ra, katanya sebahagian isteri Nabi saw bertanya kepada baginda "Siapakah di antara kami yang lebih dahulu bertemu dengan tuan?" Jawab nabi, "Siapa yang lebih panjang tangan." Lantas mereka ambil sepotong ranting lalu mereka ukur tangan mereka. Ternyata Saodah lebih panjang. Barulah kemudian mereka ketahui, bahawa yang dimaksudkan Nabi tangan panjang, ialah tangan yang banyak bersedekah. Itulah isteri baginda yang paling dahulu bertemu baginda di akhirat nanti, dia sangat suka bersedekah. sahih bukhari

sabda Nabi SAW : sampaikan lah daripadaKu walau sepotong ayat...Wallahua'lam...=D

Nukilan Seorang Hamba

"Dambaan kasih Illahi,
Sekian lama hati mencari sesuatu yang pasti,
Bagi menjadi nur dihati yang resah gelisah,
Gelap gelita, tanpa sinar cahaya kasihMu Illahi,

Dambaan rahmat dariMu Ya Rabbi,
Bagi merestui perjalan sufi di muka bumi ini,
Agar langkahku lurus meniti sinarmu Illahi,
Walau taubat sering kumungkir,
Walau janji sering terpinggir,
Namun, nikmat dan rahmatMu masih hamper,
Betapa hati ini hina,
Betapa diri ini durjana,
Alpa dek kelalaian dunia,
Tuhan,
Terimalah seadanya sujudku di telapak sejadahMu,

Berkatilah sekelumit doa yang hanya mendamba rahmat dan kasihmu,
Sesungguhnya engkau Tuhanku,
Yang menciptakan aku dari setitis air yang hina,
Kepada makhluk yang mulia,
Sucikanlah hati ini dari mazmumah kemungkaran,
Sinarkan ianyadengan madah mahmudah,
Agar bias kukecapi halawah imanmu….

Ya Rabbi…
Ampunilah aku…

Related Posts with Thumbnails