لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Wednesday, October 27, 2010

Mereka Tidak Sama





Salam Sesuci Kasih Illahi Buat semua pengunjung laman Muhasabahhamba nie..

sebelum meneruskan lagi kalam ini, jom kita sama muhasabah jap sebagai seorang hamba


:: lets zikrullah together ::

سبحان الله
الحمد لله
لا اله ألا الله
الله اكبر

~الحمد لله ~

Ok, untuk entri kali ni, pena ini ingin menimbulkan 1 persoalan untuk semua yang sudi membaca dan menjawab persoalan nie...

Dah bersedia @ belum agak2nya untuk menjawab persoalan nie..?

Persoalan apa ye..?

Ish, banyak betul Question mark kat atas tu kan..?

Ok, cmni..pada suatu petang yang damai, didalam sebuah bilik di kampus, sambil duk lepak2 minum petang..Ade seorang sahabat yang cuba memecahkan suasana damai itu dengan menimbulkan 1 persoalan kepada sahabat2nya..huh..persoalan demi persoalan berlegar2 di kepala kan..=)

:: SITUASI ::

Dalam satu situasi, ada seorang hamba Allah ni (si A), dia sentiasa ni mengabaikan solatnya..sehinggakan kadang2 tu sampaikan dia sengaja meninggalkan solatnya oleh kerana sibuk dengan assignment, berdating dengan kekasih hati, berchit-chat di fesbuk & ym, bermain game membaca komik dan sebagainya yang sewaktu dengannya..




Dalam 1 situasi yang lain, ada seorang hamba Allah ni (si B), seorang yang sangat taat pada perintah Allah..sentiasa melaksanakan perintah Allah dengan menjaga solatnya dan ibadahnya pada Allah SWT..sentiasa solat di awal waktu dan berjemaah..

:: UJIAN ::

Tiba-tiba pada suatu hari, Allah SWT telah menguji kedua-dua hambaNYA tersebut..Ujiannya kenikmatan dunia yang sementara, iaitu mereka telah telah melakukan kemurkaan pada Allah dengan melakukan zina..

:: ANGGAPAN ::

Mereka Sama..??

Ya Allah.. satu kejutan apabila orang ramai mengetahuinya..bukanlah terkejut pada perbuatan si A tadi tu.. mereka rasa tak hairan la kalau si A tu berzina, oleh dengan perbuatannya yang sering melakukan dosa dan lalai kepada Allah..

Tetapi sebenarnya mereka terkejut dengan perbuatan si B..mane tak terkejutnye, seorang yang sangat taat dan sentiasa menjaga ibadahnya pada Allah, sampai boleh melakukan zina..

Jadi mereka mengatakan kedua-dua hamba Allah yang melakukan zina ni sama je.. takde beza pun mereka berdua walaupun sorang suka melakukan maksiat dan sorang lagi sangat taat dan menjaga ibadahnya sebelum ni..

::PERSOALAN::

Betul ke mereka sama..??

Mereka Tidak Sama!

Ish, kenapa mereka tidak sama sedangkan kedua-dua maksiat (zina).
Ok, meh nak leraikan persoalan ni.. mereka tak sama sebenarnya, kerana si A yang melakukan maksiat ni akan terus dibuai dan selesa dengan perbuatan maksiatnya itu tanpa ada perasaan takut dan gentar pada azab Allah..kerana sudah menjadi kebiasaan padanya perbuatan2 maksiat tersebut.

Tetapi si B pula, setelah dia melakukan maksiat, akan ada perasaan bersalah, malu dan takut pada Allah dalam dirinya..kerana dia mengetahui azab dari Allah bagi orang yang melakukan kemurkaan padaNYA, dan hanya dengan bertaubat saja dapat menghapuskan dosa-dosanya..Lantas dia akan terus bertaubat memohon keampunan kepada Allah akan dosa yang telah dilakukannya itu..

Sebagai khulasoh ;-

Peliharalah Solat kita, kerana solat itu dapat mencegah dari perkara mungkar..dan dengan menjaga ibadah solat juga menjadi 1 bentang untuk kita merasa takut,malu, bersalah dan seterusnya terus bertaubat kepada Allah apabila melakukan perbuatan maksiat dan dosa padaNYA..

~Wallahua'lam~


Sunday, October 24, 2010

Masih Ramai Memerlukan Dakwahmu sahabat..



Ana sangat tertarik dengan 1 cerita..Mungkin sahabat2 pernah dengar cerita ni.. Ingin berkongsi buat sahabat2, ingatlah bahawasanya tugas kita belum selesai di sini..Masih ramai jiwa-jiwa di luar sana yang memerlukan secebis dakwah dari jiwa2 seperti kita..


~Ayuh kita bangkit wahai para Mujahidin Mujahidah~



AYAH, ADAKAH MANUSIA TIDAK MASUK NERAKA BILA HARI HUJAN?



Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid

Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk

mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.

Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.

Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .



Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.

Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.

Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.

Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.

Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.

Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.

Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.

Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.

Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.



Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.

Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.

Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.

Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,

“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.

Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.

Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.

Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,

tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,

“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.

Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,

“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,

suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,

“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.

Saya tidak pernah hadir sebelum ini.

Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,

meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,

saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.

Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.

Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,

hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.



Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.

Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.

Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.

Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?

Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.

Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.

Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,

di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,

tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.

Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.

Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.

“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,

saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.

Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,

saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.

Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,

yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.

Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana

“malaikat kecil” itu sedang duduk.



Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.

Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.

Inilah satu peristiwa..



Terima kasih kerana membaca kisah ini.

Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja.

Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain.

Monday, October 11, 2010

Usrati Baitul Muslim..Pengubat Rindu....



untuk post kali ni...tak mboh (loghrat ganu) banyok berbicara.. tapi sekadar ingin meluah isi hati bahawasanye diri ini merindui kamu semua yang jauh di perantauan...

sambil 2 blajo edit gambo ni terdetiklah hati untuk pamerkan di ruangan ni untuk tatapan mereka (kak ti n bang di, kak lah n bang mie, kak mar n bang im, n cik yah pun masuk skli..bhg nak amik ati k cik yah..hehe)


Inspirasi Buat Diri Ini


Doa ayah lang :
semoga kamu semua menjadi mujahidah Islam kelak

ni time raya tahun lepas..
x sampai staun lagi umur 2 si kecil ni


Baitul Muslim InsyaAllah!



:: senyuman seindah suria ::


Baitul Muslim Lagi..=D

kak Long n Kak Ngah
:: senyuman yang menenangkan jiwa ::

haa, ni pon 1 lagi Baitul Muslim....=D

Ade sorang lagi anak dara di situ..siapekah dia..?? hehe =D


Ya Allah, Aku Menyayangi Mereka Semua
Peliharalah Mereka Di Dunia & Akhirat
Ameen Ya Rabbal Alamin

:: Wallahua'lam ::


Wednesday, October 6, 2010

من انا...? Siapakah Aku..?




Ku mulai kalam ini dengan lafaz mulia "Bismillahirrahmanirrahim"

ape khabar IMANmu wahai sahabat..?

Emm.. Kenapa ade pertanyaan di awal entri kali ni yer..

"من قال لا أله ألا الله محمد رسول الله وهو داعئ"

itulah kita wahai sahabat, apabila kalimah ini diungkapkan di bibir kita..secara automatiknya kita di taklifkan oleh Allah SWT untuk menjadi seorang Daie..menjadi seorang bertanggungjawab kepada deenul Islam tercinta..cuba tanye pada diri kita, kalau bukan agama ISLAM, agama apa lagi nak bawa kita semua pada jalan Allah..?? kalau bukan kita yang ingin membawa islam ni SIAPA lagi..? kalau bukan di alam nyata ni, dimana lagi..?? dan kalau tidak sekarang BILA lagi wahai sahabat..?


Jom renung firman Allah jap..

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

(Ali Imran 3:104 )


Ingatlah wahai sahabat ikhwan wa akhawat, Islam sangat memerlukan kita sumbangan tenaga kita..dunia hari ini sangat tenat..memerlukan jiwa-jiwa yang ikhlas untuk berjuang dan berada di jalannya.. memerlukan secebis pengorbanan darimu..tiada siapa yang memaksa, kita yang membuat pilihan!!



kata As-Syahid Imam Hasan Al-Bana :

"Andai di umpamakan ISLAM spt sebuah Bangunan Usang yg hampir roboh.. maka aku akn berhijrah ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa2 muda... Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka, tp aku inginkn Hati yg IKHLAS membantu & bersamaku membina kembali banguan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah"

begitu juga firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)



:: Itulah hakikat sebenar yang diperlukan oleh Islam wahai Sahabat ::
Memerlukan jiwa-jiwa ikhlasmu

MaRi KemBali Pada ILLAHI
~Nukilan Seorang Hamba~




Sunday, October 3, 2010

Di Sebalik Kesibukan & sebuah hari Istimewa




بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan namaMU ya ALLAH yang Maha Pemurah & Penyayang


dalam diam di alam maya ni..ada kesibukan yang telah di berikan oleh Allah..
1 kesibukan membina..

1 kesibukan untuk dakwah,
1 kesibukan untuk mencari ilmu Allah
1 kesibukan untuk mencari keREDHAan ALLAH..

itulah kesibukan yang Allah SWT berikan untuk hambanya yang kerdil dan hina-dina dcc-NYA ini..
kenapakah Allah berikan kesibukan untuk kita ye..?? sebab kita adalah hambanya.. Allah pasti menguji setiap dari hamba yang ingin mencari keredhaanNya..

firman Allah SWT :

" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

Al-Ankabut :29


Itulah misal yang Allah nyatakan untuk kite sebagai hambanya..kadang2 tu, hati ni sejenak merenung berfikir dan bermonolog sendirian,sebagai muhasabah seorang hamba kepada sang pencipta Allah Rabbul Jalil..Allah sangat sayangkan aku..Allah masih pelihara aku..Allah sentiasa ingat aku bila mane aku senang mahupun susah...Allah masih kurniakan pelbagai nikmat pada aku hingga hari ni...

Tapi adakah aku dah menunaikan hak sebagai seorang hamba kepada Allah..?? bagaimana dengan solatku dan ibadahku yang lain..terkadang sekeping hati juga rasa sangat banyak hak-hak kepada Allah yang masih belum dilaksanakan..

Sedar tak sedar jugak...

Pada tarikh 3 Oktober 2010..bersamaan pada hari semalam..umurku telah meningkat..ya Allah dah genap 1 tahun lagi umur hambaMU ni..semakin hari semakin meningkat umur kite kan..?? makin lama makin dekat ngan kematian...sebagaiamana kat Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya yang paling hampir dengan kite ialah kematian..**muhasabah jap**

Dengan meningkatnya umur..
HATI ni berazam untuk memantapkan lagi muwasafat tarbiyyah dalam diri :

:: akidah yang sejahtera ::
:: ibadah yang sahih ::
:: sihat tubuh badan ::
:: sangat menjaga masa ::
:: Luas pengetahuan ::
:: Akhlak yang mantap ::
:: Tersusun Urusan ::
:: Mampu berdikari ::
:: Melawan Nafsu ::
:: Bermanfaat pada orang lain ::

Doakan ana
~insyaAllah~

Nak amik jugak kesempatan bagi untuk mengucapkan Ribuan terima kasih kepada semua yang mengingati diri ini..terutama kepada Abah dan umi tersayang..terima kasih kerana melahirkan & mendidik anak abah umi sorang ni dengan penuh kasih sayang dan dengan cara islam yang sempurna, sehinggakan anak umi ni masih dapat teguh di jalanNYA sehingga hari ni..i love u ummi abah..Doa din untuk ummi dan abah, semoga Allah menempatkan buat insan tercinta ni sebuah mahligai di Syurga Allah..ameen..

syukran juga buat adik-bradik yang tersayang..kak yah,iju n ijah..terima kasih daun keladi semua sebab bagi hadiah..hehe.

buat sahabat-sahabat perjuangan tidak juga ana lupakan..terima kasih di atas ingatan antum semua pada ana...syukran akhi sofwat n sis al-fateh di atas pemberian yang sangat berharga buat ana..ana sayang semua sahabat2 ana kerana Allah..Doakan ana sentiasa thabat pada JalanNYA..


~nukilan seorang hamba~
Wallahua'lam



Related Posts with Thumbnails