لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Wednesday, January 20, 2010

Mendapat Khusyuk Dalam Solat

seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dab khusyuk solatnya. namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadatnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasai kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang Abib bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat??
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin. "Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air, Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

  • Bertaubat menyesali dosa yang telah di lakukan.
  • Tidak tergila-gilakan dunia.
  • Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya').
  • Tinggalkan sifat berbangga.
  • tinggalkan sifat khianat dan menipu.
  • meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblab. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku merasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku dan Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berada di atas titian 'Siraatal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa dalam solatku, ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dendan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

"Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila di bandingkan dengan Hatim...

(begitu lah kisahnya, semoga menjadi teladan buat kita bersama..dam semoga menjadi kan kita insan yang berTAQWA pada Allah..)


"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan solat, sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

(Al-Baqarah : 45)


"Sesungguhnya yang paling mula-mula di hisab pada hari kiamat daripada amalannya ialah solat. Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi "

(Riwayat At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

salam pembuka bicara

assalamualaikum wbt.....

pada hari ni, hari khamis, 21 jan 2010 bermula lah saat unt ana menerokai dunia blogger..=) semoga apa yang di post dalam blog ni dapat memberikan manfaat bersama....bersama lah kita menuju keREDHAan ILAHI...fastabiqul Khairat... ameen....

Related Posts with Thumbnails