لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Tuesday, June 8, 2010

Kalam RasuL buat Ummat..

Assalamualaikum buat semua sidang pembaca yg budiman..

Hadis rasulullah SAW untuk renungan kita bersama, dan semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat bersama...INSYAALLAH..

Hadis Jundab bin Abdullah Al-Bajali r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah Al-Quran selama mana hati kamu tetap padanya. Apabila kamu berselisih pendapat maka tegakkanlah kebenaran

Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Beberapa hari sebelum munculnya hari Kiamat, ilmu Islam dihapuskan, timbulnya kejahilan dan banyak berlaku jenayah terutama jenayah pembunuhan

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya

Sesungguhnya ibu bapa yang berlaku adil akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga." - (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)

Baginda berkata kepadanya: "Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua." Wanita tua itu menangis kerana ia memahami kata-kata Baginda daripada segi zahirnya saja. Maka Rasulullah SAW berkata, dia tidak akan masuk syurga sebagai orang tua tetapi berubah menjadi muda belia dan cantik. Kisah gurauan ini dinukil Prof Dr Yusuf Al-Qardahawi dalam 'Al-Islam Wal Fann'.

Dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan Sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan Segala apa Yang kamu lakukan.(surah al-Baqarah:149)

Dari Aisyah ra, katanya sebahagian isteri Nabi saw bertanya kepada baginda "Siapakah di antara kami yang lebih dahulu bertemu dengan tuan?" Jawab nabi, "Siapa yang lebih panjang tangan." Lantas mereka ambil sepotong ranting lalu mereka ukur tangan mereka. Ternyata Saodah lebih panjang. Barulah kemudian mereka ketahui, bahawa yang dimaksudkan Nabi tangan panjang, ialah tangan yang banyak bersedekah. Itulah isteri baginda yang paling dahulu bertemu baginda di akhirat nanti, dia sangat suka bersedekah. sahih bukhari

sabda Nabi SAW : sampaikan lah daripadaKu walau sepotong ayat...Wallahua'lam...=D

No comments:


Related Posts with Thumbnails