لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Sunday, February 27, 2011

Hari Esok Untuk Islam (Bhg II)

Fajar Menyinsing

tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lag. kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar diseluruh pelosok dunia. Umat islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mua bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah-dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan "terrorist" dan "fundamentalist".

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan2 komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat2 kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna didalam hati -hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam diseluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan telah berlaku pada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam memegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin

sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak dimiliki oleh manusia lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah ini merupakan "Rabbani Taujih" (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya di muka bumi ini.

3 kekuatan mampu mengugat kekuatan musuh :

Pertama : Kekuatan Kuantiti

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya disyukuri. Firman Allah SWT :

" Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian telah menjadi banyak.."
(Al-A'araf: 86)

Jamaluddin Al-Afghani pernah berkata kepada rakyat India : " Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris.

Kedua ; Hasil Bumi

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semua ini kepunyaan muslimin.

Ketiga : Manhaj Rabbani

Sikap Kita

kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang2 kafir.


Ingatlah wahai pejuang, mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah dibahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT nanti.

Kata-kata Saidina Umar kpd sahabatnya :

"Impikanlah" seorang pemuda berkata : " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan allah. "Umar berkata lagi : "Impikanlah". Seorang pemuda berkata : Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah. " Umar berkata lagi : "Impikanlah". Mereka berkata : kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin " Umarpun berkata : "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dab nernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini..Wallahua'lam...

No comments:


Related Posts with Thumbnails