لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Wednesday, November 3, 2010

_PESAN KU BUAT SAHABAT_


Wahai sahabat
Izinkan ku berbicara
Terus untukmu
Buat kali kedua
Agar kau bisa terima hakikat cinta
Yang berasaskan cinta pada Ilahi

Mengapa harus gelisah
Bila dilanda masalah
Apakah kau sudah lupa
Betapa pahit derita
Perjuangan rasul dan kekasihnya

Biar berguguran
Kasih dan sayang
Kerana mengharap keredhaan Tuhan
Kuntuman cinta
kan mekar mewangi
Bila redhaNYA melimpahi bumi

Cinta kasih ALLAH itu
Menjamin segala
Kebahagiaan dunia dan akhirat
Biar menderita mendidik hati yang leka
Kerna ada yang lebih utama

Moga pohon kasih
Bisa tumbuh mewangi
Disirami hujan keimanan
Dan disitulah kasih kita
kan bersemi
Kerana sering dibaja oleh penderitaan

Bila kau rasa derita
Jangan kau lupa
Derita itu mendidik nafsu dan jiwa
Bila kau rasa terkorban penuh sengsara
Terkorban itu mazmumah yang beraja
Hati yang bisa terseksa
Akan menjadi teguh
Pahit di mata dunia kerna manisnya syurga

Bila ALLAH yang membela
Keyakinan
kan terbina
Yang pasti nafsu menderita
Itulah pengubat jiwa
hakikat dan nilaiannya

Ku sekadar mencari redhaMU Tuhan
Harapnya dikau sentiasa bersama
Aku mengharap menagih cinta dariNYA
Dari situ kasih kita akan bersemi

“kerana kedudukan sahabat itu sangatlah istimewa, doaku sentiasa mengiringinya mencari keredhaan Ilahi…”

8 comments:

NiaNurani said...

~terkesan dgn entri anta

'Selangkah ke alam perjuangan beerti selamanya dlm kepahitan.
Biarlah menangis, terluka, kecewa ditinggalkn krna Allah..Daripda mati terkambus tnpa mujahadah. Kita tak snggup selamanya terluka.. tapi ingatlah! setiap titisan darah dari luka dan air mata, itulah mahar kita ke syurga...Bila ditanya kenapa brjuang itu pahit? jawabnya krna syurga itu manis.. Moga kita sentiasa tabah dlm perjuangan di jlnNya..aamiiin...'

nadya solahuddin- "mengukir rasa hati disini" said...

wan..andai bicara tersebut termasuk u diri ini.. ketahuilah.saat berguguran airmata kerna manusia.. sahabatlah yang kedua menjadi penawar..setelah allah dan rasul.. teganya kaki ni melangkah kerna ade adik2 seperti kamu.. sehebat shbt.. indahnya dakwah kerna ada kamu.. kata seorang shbt

Najmuddin 'Ulwan said...

salam perjuangan...

to nia : Alhamdulillah..semoga kita terus thabat dan sentiasa istiqamah di jalan dakwah ini..

to sis :bicara ini di nukilkkan buat semua sahabat2 yang berada di jalan perjuangan ini..semoga redha Allah mengiringi kamu semua wahai sahabat2..indahnye dakwah ini keranamu kamu ada..? indah juga dakwah ini kerana mu Ya Ilahi..k guane..

nadya solahuddin- "mengukir rasa hati disini" said...

betul doh adeq wan. tu yg kakak kata.. ada yang ke2 selepas allah dan rasul adalah sahabat.. bicara mulus dari hati mampu sebati.. berteman kerna keredhaan musti berkekalan.. bersahabat kerna berkat..sentiasa bermanfaat..

dhilaaziz said...

pandainya semua orang bermadah.. :') segan la nak komen kat blog ulwan ni.. T_T
btw, nice post as always. ^^

radhiahsyahida said...

...after Allah and His Rasul's love, should be family.

Allahu'alam

nadya solahuddin- "mengukir rasa hati disini" said...

redha allah bersama redha ibu bapa..naam usrati jannati..

Najmuddin 'Ulwan said...

to dila :xad lah..biase2 je..bersyukur senantiasa kpd Allah d atas segala kurniaan terhadap hamba yg dhaif ni..

to sis radhiah : family memang senantiasa di hati ini..

to sis nadia : naam, usrati jannati..

Related Posts with Thumbnails