لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Thursday, November 11, 2010

~ Erti Syukur ~





"Barangsiapa tidak mensyukuri nikmat bermakna membuka jalan untuk kehilangan nikmat itu. Dan barangsiapa bersyukur maka sesungguhnya dia mengadakan pengikat bagi nikmat yang diperolehinya."

Bismillahirrahmanirrahim..

Nikmat..??
Apakah itu nikmat..?

Nikmat ialah suatu anugerah pemberian Allah kepada kita hambaNYA..mari kita merenung kejap firman Allah SWT ni..:-


dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka pasti azab-Ku amat pedih..

(Ibrahim : 7)

semenjak 2 menjak ni, hati yang 1 ni rasa sedih skit..why? limaza? kenapa?


sekadar gambar hiasan ;-)

Em, sebabnya 1 barang yang sangat memberikan jasa kepada diri ini untuk berjalan mencari ilmu dan redha Allah SWT telah hilang.. Apakah itu..? barang yang telah hilang itu adalah bernama KASUT.. nape tak sedih, kasut tu berharga RM *** jugak tu..tu yang terasa sangat.. dalam fikiran ni duk terfikir camne ye nak masuk exam lepas raya haji ni kalau takde kasut.. Tapi masih bersyukur kerana masih mempunyai sepasang kaki untuk berjalan.. ;-) Thanks Allah =D

Mungkin sahabat2 yang sudi membaca blog ni tertanya2 kan.." Alah, kasut hilang pun nak cerita dalam blog.." tapi sahabat, bukanlah nak menceritakan tentang kasut yang hilang tu sangat.. tapi 1 perkara yang kadang2 tu kita semua anggap n buat remeh je..tapi dalam tak sedar, sebenarnya ianya memberikan kesan kepada diri kita..


Sebenarnya untuk entri kali ni pena ini ingin membicarakan mengenai erti SYUKUR kita sebagai seorang hamba kepada Allah sebagai pencipta kita.. cuba kita renung2kan jap, kalau Allah pancarkan matahari yang panas di atas kepala kita, adakah kita tak pernah merungut kepanasan matahari tu..? sekiranya Allah turunkan hujan pula, adakah kita tak pernah merungut sedikitpun apabila kita merasa susah untuk bergerak melakukan pekerjaan kita oleh kerana hujan..? tak gitu ? Dan apabila kita makan sesuatu makanan yang kurang enak pada selera kita, adakah kita tak pernah merungut pada orang yang masak makanan tersebut ?

Bila direnung-renungkan balik.. Ya Allah, banyaknya runggutan dan sifat tidak puas hati kita pada setiap yang Allah berikan pada kita kan ? Jom Muhasabah hamba jap..

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم

Ok, berbalik pada Erti Syukur, bilamana kita suka ambil barang orang lain ni, adakah kita di anggap orang yang bersyukur..? mesti tak kan.. kadang2 tu, kita amik barang orang lain kita rasa biasa je kan.. tapi kita tak tau camne perasaan tuan punye barang tersebut..bukan main sedih lagi (trmasuk la yg menulis ni)

Bila kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita, hukumnya jelas haram.. Dan bila ia dah menjadi darah daging kita, camne agak-agaknya kesan pada diri kita dan anak isteri kita yang kita beri makan nanti..? nauzubillah min zalik ya Allah.. peliharalah kami ya Rabbi dari melakukan kemungkaran padaMU..

ingatlah,
nikmat dunia ini hanyalah sementara
nikmat di syurga kekal selama-lamanya

Mari menjadi hamba yang berSYUKUR ?
SemoGa Setiap Amalan Bernilai Ibadah Dcc Allah

~Wallahu'alam~



No comments:

Related Posts with Thumbnails