لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Wednesday, October 6, 2010

من انا...? Siapakah Aku..?




Ku mulai kalam ini dengan lafaz mulia "Bismillahirrahmanirrahim"

ape khabar IMANmu wahai sahabat..?

Emm.. Kenapa ade pertanyaan di awal entri kali ni yer..

"من قال لا أله ألا الله محمد رسول الله وهو داعئ"

itulah kita wahai sahabat, apabila kalimah ini diungkapkan di bibir kita..secara automatiknya kita di taklifkan oleh Allah SWT untuk menjadi seorang Daie..menjadi seorang bertanggungjawab kepada deenul Islam tercinta..cuba tanye pada diri kita, kalau bukan agama ISLAM, agama apa lagi nak bawa kita semua pada jalan Allah..?? kalau bukan kita yang ingin membawa islam ni SIAPA lagi..? kalau bukan di alam nyata ni, dimana lagi..?? dan kalau tidak sekarang BILA lagi wahai sahabat..?


Jom renung firman Allah jap..

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

(Ali Imran 3:104 )


Ingatlah wahai sahabat ikhwan wa akhawat, Islam sangat memerlukan kita sumbangan tenaga kita..dunia hari ini sangat tenat..memerlukan jiwa-jiwa yang ikhlas untuk berjuang dan berada di jalannya.. memerlukan secebis pengorbanan darimu..tiada siapa yang memaksa, kita yang membuat pilihan!!



kata As-Syahid Imam Hasan Al-Bana :

"Andai di umpamakan ISLAM spt sebuah Bangunan Usang yg hampir roboh.. maka aku akn berhijrah ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa2 muda... Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka, tp aku inginkn Hati yg IKHLAS membantu & bersamaku membina kembali banguan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah"

begitu juga firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)



:: Itulah hakikat sebenar yang diperlukan oleh Islam wahai Sahabat ::
Memerlukan jiwa-jiwa ikhlasmu

MaRi KemBali Pada ILLAHI
~Nukilan Seorang Hamba~




4 comments:

Insan Kerdil said...

betulkan ana sekiranya ana tersilap..syukran..

Al Amin said...

alhamdulillah. penulisan yg sgt baik ya akhi. tersentuh hati yg selalu lalai ini apabila membaca. teruskan usaha dakwahmu ya akhi. sesungguhnya dikau adlh permata Islam yg sgt berharga dan semoga menjdi kilauan yg menyinar buat Islam insya Allah...

radhiahsyahida said...

"kalau bukan kita.... SIAPA lagi..? kalau bukan di alam nyata ni, DI MANA lagi..?? dan kalau tidak sekarang BILA lagi wahai sahabat?"

luv this quote! melekat terus kat hati. mabruk adik~

Insan Kerdil said...

to akhi irsyad Al-amin : syukran ya akhi..sesungguhnya perjuangan ini sgt memerlukan kita kan..semoga kita dalam Rahmatnya sentiasa..


to beloved sis : itulah ilham dari Allah Rabbul Jalil pada HambaNYA yang fakir lagi dhaif nie...moga ianya bernilai ibadah dccNYa..hanya itu yang di damba...


Related Posts with Thumbnails