لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Datang Lagi...




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak..!!

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu"

(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban & Baihaqi)

Alhamdulillah..sepanjat kesyukuran kehadrat Allah SWT dengan limpah Rahmat serta kasih sayangNYA masih lagi memberikan kesempatan kepada hamba-hambaNYA ini untuk berada di madrasah Ramadhan pada tahun ni yang akan bermula sudah tak sampai 24 jam lagi...

Ya Allah..Hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hati hambaMu ini untuk bertemu Ramadhan...kenapa tetibe je hati kita ni gembira bila datangnya Ramadhan..?? kenape ye..

kerana Di bulan bulan Ramadhan ni lah Allah SWT telah menjanjikan pelbagai tawaran & promosi untuk hamba-hambaNYA yang ingin mencari keredhaanNya sebagaimana kalau kita lihat promosi & tawaran bila nak masuk musim perayaan...sangat hebat sambutannya kan..?

Begitulah harapannya semoga promosi & tawaran yang sangat hebat dari Allah ni mendapat sambutan yang hebat juga dari kita selaku hamba yang beriman & bertaqwa kepadaNya..

Antara promosi & tawaran yang disediakan :-

10 Hari pertama, Allah melimpahkan RahmatNya

10 Hari kedua, Allah memberikan KeampunanNya

10 Hari ketiga, Allah menjanjikan pembebasan daripada Api Neraka

Special Edition :-



Allah SWT menyediakan Lailatul Qadr, pada 10 malam yang terakhir, yang mana pada malam tersebut 1000 bulan lebih baik dari bulan-bulan lain bagi mereka yang beramal ibadat kepada Allah..

sebagaimana firman Allah :

"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"

Al-Qadr : 2-3

&

tawaran special edition dari Allah yang takde dalam bulan2 lain ialah setiap amalan di lipat gandakan pahala oleh Allah...wah, sungguh hebat dan banyak promosi dari Allah untuk kita di bulan Ramadhan ni kan..

jadi....
apa lagi...????

jom sama-sama kita beramal ibadah kepada Allah SWT dengan sebanyak yang mugkin.semoga setiap amalan kita bernilai ibadah dcc Allah SWT..Ameen ya Rabbal Alamin...Wallahua'lam..=D

4 comments:

dhilaaziz said...

selamat berpuasa *wink* (/^O^/)

Insan Kerdil said...

to dhilaaziz : selamat berpuasa jugak..semoga ramadhan kali ni dapat sama2 kita pertingkatkan amalan..insyaAllah..=D

Nurul Iman "Yakinlah Allah Kan Ada ^^," said...

salam ramadhan kareem..zuhud ulwan ni kena lebih lagi..heee..kwn kelas tu..compem..best music kat blog ni..cukup menyentap hati yg ingin kembali kepada tuhannya.. moga ulwan dalam rahmatNYA selalu..tegurlah akk deh..kalu ade silap n slh..hamba yg dhaih lagi hina ini..

Insan Kerdil said...

to sis nadya : syukran jugak..alhamdulillah mendapat komen yg baik mengenai music ni..=D insyaAllah sama2 kita ingat mengingati antara 1 sama lain.."fazakkir inna zikraa tanfaul mukminin.." barakallah fi ramadhan kareem..


Related Posts with Thumbnails