لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Sunday, July 4, 2010

Buat yang Ingin Kembali




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam 1 akidah buat semua..

Buat yang Ingin kembali... kembali kepada sape ye..?? kepada kekasih?
ye.. kepada kekasih sebenar kita, Allah..bukan lah kembali kepada kekasih yang bernama insan...

haa, untuk entri kali ni..saya ingin mengajak diri yang dhaif ini & sahabat semua kembali kepada kekasih sebenar kita...ALLAH..

sebelum tu.. jom kita hayati lirik nasyid di bawah ni...=D

Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


*******

Sahabat, Allah SWT sangat suka kepada hamba yang kembali kepadaNya..
tanya pada diri, sangat banyak kurniaan nikmat & rahmat dari Allah, tapi kenapa kita masih ingin belum kembali padaNya..?

setiap kali pandangan melihat maksiat, mulut berbicara perkara maksiat, tangan pula melakukan perbuatan maksiat... titik2 hitam pasti akan melekat pada yang bergelar HATI..



Sucikanlah Hati..Mari kembali pada ILLAHI..


juga ingin berkongsi satu cerita daripada hadis Rasulullah SAW mengenai seorang hamba yang ingin bertaubat :

Ada seorang hamba yang sering melakukan maksiat & kemungkaran dengan membunuh banyak orang, suatu hari..terdetik pada hatinya untuk bertaubat kembali pada Allah..
lalu dia berjumpa lah dengan seorang alim ulama' untuk bertanyakan bagaimana caranya untuk dia kembali kepada Allah..

lalu orang Alim tersebut menyatakan cara untuk dia kembali kepada Allah ialah dengan berhijrah ke suatu tempat lain dengan meninggalkan tempat kemungkaran yang di lakukan itu..

Tujuannya bagi menghilangkan segala kesan2 perbuatan maksiat yang di lakukannya itu dengan akan memberi kesan melaui berhijrah..

Lalu, berhijrah lah si hamba yang ingin bertaubat itu

di pertengahan jalan, di takdirkan Allah SWT telah mengambil nyawanya, lalu turunlah malaikat penjaga syurga & neraka untuk membawanya ke sana.(syurga @ neraka)

lalu untuk menentukan tempat pengakhirannya, telah di nilai melalui jarak perjalanan hamba tersebut..

Dan setelah di buat penilaian, maka jarak perjalanannya untuk menuju tempat yang membawanya kepada keampunan Allah itu lebih lebih dekat berbanding dengan tempat yang dia melakukan kemungkaran sebelumnya itu..

Lalu hamba tersebut di masukkan oleh Allah ke dalam syurga..

subhanallah!!

muhasabah buat yang bergelar hamba, dimasukkan seseorang hamba Allah itu ke dalam syurga bukanlah kerana amalannya.. tetapi kerana RAHMAT Allah...


**********

JoM kiTa berTaubat..

taubat ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.

Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini.



FirmanNya:

“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)


Allah SWT juga menjanjikan pelbagai nikmat bagi setiap hamba yang taat akan perintahNya..
Dan azab pula bagi setiap hamba yang mendurhakai akan perintahNya..(Nauzubillah min zalik)..

jom kita merenung lagi firman Allah SWT :

surah An-Nisa' : 13-14

" Itulah batas-batas (hukum) Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
" Dan barang siapa yang mendurhakai Allah danRasul-Nya dan melanggar batas-batas hukumNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka, dia kekal di dalamnya dan dia akan mendapat azab yang menghinakan"


Mari bersihkan, HATI kembali pada ILLAHI
~strive to Mardhotillah InshaAllah~

Wallahua'lam..=D

1 comment:

Al Amin said...

Salam...

Entri yg bgs ya akhi. Teruskan usaha dakwahmu... Semoga Allah memberkati


Related Posts with Thumbnails