لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Tuesday, July 20, 2010

Engkau Maha Mengetahui Segala-galanya




Mati itu suatu kepastian...!!
itulah kalimah yang dapat di ungkapkan

sepanjang menjaga adik di hospital..sangat banyak peristiwa yang mendidik HATI ni...pada hari selasa (20/7/10) tarikh ihsan (adik) di operate buat kali ke-2 kerana masalah pada ususnya..

syafakallah buat ihsan..semoga kuat dan tabah menghadapi ujian Allah..sangat bernilai tarbiah Allah tu wahai adikku (sewaktu menulis ni adik masih belum sedar)

pada jam 11.35 malam, sementara duk tunggu ihsan yang masih belum sedar kat hospital.. ada lah sorang jiran depan katil, seorang pakcik tua yang sangat uzur kerana penyakit pada hatinya..tau sakit pakcik ni sebab bertanye pada ahli keluarga dia..

masa tu, ramai ahli keluarga yang datang memenuhi ruangan katil pakcik tu..dalam pemerhatian saya dari jauh, ada yang sedang melafazkan sesuatu dari mulut (bacaan ayat2 quran) dan membacakan surah yaasin di sekeliling pakcik tu..

ada juga di kalangan anak-anak pakcik tersebut yang menggosok-gosok badan ayah mereka.. terlihat pada perut pakcik tu seolah-oleh membengkak.. mungkin kesan pada penyakitnya itu.Hati ni tertanya-tanya, dalam keadaan yang tenat, adakah pakcik tua sedang bertarung nyawa untuk menghadap Rabbnya..?? Tiada siapa yang tahu..

Ya Allah..hanya Engkaulah yang maha mengetahui segala-galanya setiap aturan kepada hambaMU.Pabila melihat peristiwa di depan mata yang berlaku ni..teringat firman Allah SWT :



" Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.."

Surah Al-A'raf : 34

Begitulah firman Allah SWT mengenai kematian setiap insan..sesungguhnya kematian itu akan tiba tepat pada waktunya..

sebagaimana juga pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya, perkara yang paling dekat dengan kita ialah Kematian..

dan

sabda nabi : orang yang paling cerdik adalah orang sentiasa ingat pada MATI..

Ya Allah..sesungguhnya aku telah melupai akan saat kematian yang bakal menjemput ku...Aku sering leka dan alpa dengan dunia yang hanya sebagai tempat persinggahan ni..

Dari peristiwa tersebut, Allah telah mengingatkan kembali pada HambaNya yang dhaif ni mengenai kematian. Pabila termenung mengingatkan soal kematian..Hati kecil ni bermonolog..

ya Allah ya Rahman ya Rahim
sesungguhnya aku mengetahui kematian itu pasti!!
tapi aku masih lalai akan peringatanMU
aku masih banyak melakukan dosa kepadaMU
masih banyak kemurkaanMU padaku ya Allah

ya Allah di bibirku mengatakan cinta pada RasulMU
tapi masih banyak sunnahnya yang belum ku amalkan
masih banyak perintah-perintah RasulMu yang belum ku laksanakan

Bagaimanakah ketika saat sakaratul maut datang menjemputku ?
adakah aku layak meraih cintaMU ?
adakah aku layak mendapat syafaat RasulMU ?
adakah aku layak mendapat tempat di syurgaMU ?

ya Allah...
aku yakin dan pasti
RahmatMU sentiasa ada buat hamba-hambaMU ini...
Mati kan aku pada jalanMU ya Rabbi..

Begitu lah peristiwa yang telah mendidik HATI untuk mengingatkan kita pada kematian.. perlunya wahai sahabat-sahabat muhasabah seorang hamba kepada penciptanya Allah SWT...

untuk perkongsian kali ini jugak, saya ingin berkongsi mengenai Tanda-tanda saat kematian sebagai renungan buat kita bersama..


Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari
: Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari
: Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari
: Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari
: Mengidam makanan.

5 hari
: Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari
: Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari
: Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir
: Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

begitulah sedikit perkongsian buat setiap hamba yang ingin mencari redha Illahi...
wallahua'lam..=D







No comments:


Related Posts with Thumbnails