لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Wednesday, May 18, 2011

Ghazwul Fikri Sedang Melanda Umat



Ustaz Najwan sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap
murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di
tangan
kanannya ada pemadam. Ustaz Najwan pun berkata, "Saya
ada satu
permainan...

Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di
tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat
kapur ini,
maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat
pemadam
ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Ustaz
berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat
kemudian Ustaz Najwan kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah
"Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka
katakanlah
"Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja
murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar
untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka
sudah
biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat,
permainan berhenti.

Sang murabbi tersebut tersenyum kepada murid-muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya
yang
haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membezakannya. Namun kemudian, musuh-
musuh kita
memaksakan kepada kita dengan perbagai cara,
untuk
menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil,
dan
sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar
bagi kita
menerima hal tersebut, tapi kerana terus
disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh
mereka,
akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan
hal
itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-
musuh
kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar
nilai
dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi
sesuatu
yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian
seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu,
sex
sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,
hiburan yang asyik dan panjang sehingga
melupakan yang
wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu
gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah
terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan
kemaksiatan. Paham?" tanya Ustaz kepada murid-
muridnya.
"Paham Ustaz..."

"Baik permainan kedua..." begitu Ustaz Najwan melanjutkan.
"Ustaz ada Qur'an, ustaz akan letakkannya di
tengah
karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah , bagaimana caranya
mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba
alternatif
dengan tongkat,dan lain-lain.
Akhirnya si ustaz memberikan jalan keluar,
digulungnya
karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat,
tidak
memijak karpet. "Murid-murid, begitulah ummat
Islam
dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak
akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang... Kerana
tentu
anda akan menolaknya mentah mentah. Orang
biasapun tak
akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.

Tapi,
mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari
pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat,
maka
dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin
kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya,
jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau
dimulai
dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding
akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu
persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan
kita.

Ia
tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia
akan
perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai
anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda muslim, tapi anda telah
meninggalkan
ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan.....

itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah
fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan
inilah
yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

Friday, May 6, 2011

Punca kelemahan Umat Islam


Kenapa keazaman umat islam telah mati? Kenapa jiwa umat telah lumpuh? Bagaimana kita ingin melahirkan generasi yang pernah dilahirkan oleh baginda Rasul s.a.w. Generasi ini tidak pernah muncul dan timbul lagi selepas itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir satu golongan besar manusia, disatu tempat yang tertentu, seperti yang telah lahir dizaman Rasul s.a.w.

Ini adalah satu hakikat yang perlu kita perhatikan dan renungkan dengan bersungguh-sungguh, agar kita dapat menyelami rahsianya.

Al-quran yang menjadi sumber pembentukan generasi awal masih berada bersama-sama kita.hadis-hadis dan petunjuk-petunjuk dari perjalanan hidup dan sirahnya yang mulia itu masih ada disamping kita, hanya peribadi Rasulullah sahaja yang tiada bersama kita sekarang. Adakah ini rahsianya?

Kalaulah wujudnya peribadi Rasulullah itu menjadi syarat mutlak untuk kejayaan dalam pembinaan umat ini, maka sudah tentu Allah swt tidak menjadikan dakwah ini meliputi seluruh umat manusia dan tidak dijadikan Rasulullah sebagai utusan terakhir, serta tidak diserahkan hal ini (menegakkan islam) untuk diurus oleh manusia hingga akhir zaman. Dengan ini ketiadan peribadi Rasulullah tak boleh dijadikan alasan diatas kegagalan umat di zaman ini..

Punca sebenar kegagalan kita dalam membina umah ini adalah kerana proses pembinaan yang kita bina tak mengikut proses pembinaan yang telah Rasulullah laksanakan. Bata pertama yang diletakkan oleh Rasul s.a.w. dalam proses pembinaan ini adalah bata keimanan. Sesungguhnya umat ini tidak akan terbangun dengan slogan-slogan kebangsaan, kemelayuan dan sebagainya, sebaliknya ia hanya akan terbangun dengan kalimatullah, kalimat islam. Iman perlu dibangunkan hingga terbangunnya bangunan Islam yang kukuh. Sesungguhnya seruan keimananlah yang telah dimulakan oleh baginda Rasul s.aw ketika hendak membangunkan masyakat yang pertama dahulu.

Sultan Qutuz ketika mana bertempur dengan monggol bertempik …..Waislamah…waislamah….(wahai muslimin 2x), seruan yang diseru bukanlah wahai org arab, wahai orang mesir dll, tetapi seruan yang menaikkan semula semangat muslimin hingga akhirnya umat islam yang hampir lumpuh seolah-olah dipukau dengan keimanan, kembali bertenaga dan merempuh musuh lantas menempah kejayaan. Pastikan segala tingkah laku dan tindak tanduk kita didorong oleh keimanan kepada ALLAH. Sesungguhnya kekuatan inilah yang telah melahirkan khalid al walid, toriq bin ziyad, solahuddin alayubi dll tokoh-tokoh islam yang menggegarkan dunia.

Wahai pembaca-pembaca sekalian, sama-samalah kita kembali kepada islam, kepada al-quran, kepada deen ummah ini. Sesungguhnya kita telah pernah mencuba berbagai-bagai sistem rekaan manusia tetapi semuanya tak mampu menandingi generasi terbaik yang pernah dilahirkan oleh Rasulullah S.A.W. dan tak boleh memberikan penyelesaian yang terbaik

Sesungguhnya bilangan muslimin diseluruh alam berbilion-bilion, tetapi sering ditindas dan dimain-mainkan, bilangan muslimin yang ramai bagi musuh hanyalah seperti buih dilautan. Sesungguhnya kekuatan kita sekarang bukan pada bilangan yang ramai, tapi terletak pada kualiti keimanan kita kepada Allah. Bukalah lipatan sejarah, hari kemenangan didalam peperangan badar, ketika itu umat islam cuma sekadar 313 org mengalahkan tentera yang ramai berganda –ganda dengan izin Allah.

Firman Allah taala;

وَاذْكُرُواْ إِذْ أَنْتُمْ قَلِيْلٌ مُسْتَضْعَفُوْنَ فِيْ الأَرْضِ تَخَافُوْنَ أَنْ يَتَخَطَّفَكُمُ النَّاسُ فَئَاوَاكُمْ وَأَيَّدَكُمْ بِنَِصْرِهِ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّـيّـِبَاتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ (26)

“Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas dibumi,kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu,maka Allah memberi kamu tempat bermastautin dan diperkuatkannya kamu dengan pertolongannya, serta dikurniakannya kamu dari rezki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur” (al-anfal:26)

Hari ketika mana bilangan muslimin yang sedikit tetapi bersama Allah,maka Allah juga bersama mereka, tapi kita sekarang, bilangan yang berbilion-bilion, tidak bersama Allah,hanyalah seperti hidanagan yang enak dihadapan orang yang gelojoh, hanya menunggu masa untuk diratah, ataupun seperti buih-buih dilautan,kelihatan banyak tapi tak boleh memberikan kesan apa-apa. Apalah gunanya bilangan yang ramai jika kita tidak bersifat dengan sifat ansorullah.

Firman Allah:

....فََأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّامَا يَنْفَعُ النَّاسُ فَيَمْكُثُ فِيْ الأَرْضِ....

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terrbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia ia tetap tinggal dibumi.”(ar-ro’d :17)

Wallahu’alam...

Sunday, April 10, 2011

Empat punca hidup manusia tidak tenteram



SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.


Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!

“Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!

Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

• Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

• Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

• Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

• Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

~ Wallahua'lam~


Related Posts with Thumbnails