لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Friday, May 6, 2011

Punca kelemahan Umat Islam


Kenapa keazaman umat islam telah mati? Kenapa jiwa umat telah lumpuh? Bagaimana kita ingin melahirkan generasi yang pernah dilahirkan oleh baginda Rasul s.a.w. Generasi ini tidak pernah muncul dan timbul lagi selepas itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir satu golongan besar manusia, disatu tempat yang tertentu, seperti yang telah lahir dizaman Rasul s.a.w.

Ini adalah satu hakikat yang perlu kita perhatikan dan renungkan dengan bersungguh-sungguh, agar kita dapat menyelami rahsianya.

Al-quran yang menjadi sumber pembentukan generasi awal masih berada bersama-sama kita.hadis-hadis dan petunjuk-petunjuk dari perjalanan hidup dan sirahnya yang mulia itu masih ada disamping kita, hanya peribadi Rasulullah sahaja yang tiada bersama kita sekarang. Adakah ini rahsianya?

Kalaulah wujudnya peribadi Rasulullah itu menjadi syarat mutlak untuk kejayaan dalam pembinaan umat ini, maka sudah tentu Allah swt tidak menjadikan dakwah ini meliputi seluruh umat manusia dan tidak dijadikan Rasulullah sebagai utusan terakhir, serta tidak diserahkan hal ini (menegakkan islam) untuk diurus oleh manusia hingga akhir zaman. Dengan ini ketiadan peribadi Rasulullah tak boleh dijadikan alasan diatas kegagalan umat di zaman ini..

Punca sebenar kegagalan kita dalam membina umah ini adalah kerana proses pembinaan yang kita bina tak mengikut proses pembinaan yang telah Rasulullah laksanakan. Bata pertama yang diletakkan oleh Rasul s.a.w. dalam proses pembinaan ini adalah bata keimanan. Sesungguhnya umat ini tidak akan terbangun dengan slogan-slogan kebangsaan, kemelayuan dan sebagainya, sebaliknya ia hanya akan terbangun dengan kalimatullah, kalimat islam. Iman perlu dibangunkan hingga terbangunnya bangunan Islam yang kukuh. Sesungguhnya seruan keimananlah yang telah dimulakan oleh baginda Rasul s.aw ketika hendak membangunkan masyakat yang pertama dahulu.

Sultan Qutuz ketika mana bertempur dengan monggol bertempik …..Waislamah…waislamah….(wahai muslimin 2x), seruan yang diseru bukanlah wahai org arab, wahai orang mesir dll, tetapi seruan yang menaikkan semula semangat muslimin hingga akhirnya umat islam yang hampir lumpuh seolah-olah dipukau dengan keimanan, kembali bertenaga dan merempuh musuh lantas menempah kejayaan. Pastikan segala tingkah laku dan tindak tanduk kita didorong oleh keimanan kepada ALLAH. Sesungguhnya kekuatan inilah yang telah melahirkan khalid al walid, toriq bin ziyad, solahuddin alayubi dll tokoh-tokoh islam yang menggegarkan dunia.

Wahai pembaca-pembaca sekalian, sama-samalah kita kembali kepada islam, kepada al-quran, kepada deen ummah ini. Sesungguhnya kita telah pernah mencuba berbagai-bagai sistem rekaan manusia tetapi semuanya tak mampu menandingi generasi terbaik yang pernah dilahirkan oleh Rasulullah S.A.W. dan tak boleh memberikan penyelesaian yang terbaik

Sesungguhnya bilangan muslimin diseluruh alam berbilion-bilion, tetapi sering ditindas dan dimain-mainkan, bilangan muslimin yang ramai bagi musuh hanyalah seperti buih dilautan. Sesungguhnya kekuatan kita sekarang bukan pada bilangan yang ramai, tapi terletak pada kualiti keimanan kita kepada Allah. Bukalah lipatan sejarah, hari kemenangan didalam peperangan badar, ketika itu umat islam cuma sekadar 313 org mengalahkan tentera yang ramai berganda –ganda dengan izin Allah.

Firman Allah taala;

وَاذْكُرُواْ إِذْ أَنْتُمْ قَلِيْلٌ مُسْتَضْعَفُوْنَ فِيْ الأَرْضِ تَخَافُوْنَ أَنْ يَتَخَطَّفَكُمُ النَّاسُ فَئَاوَاكُمْ وَأَيَّدَكُمْ بِنَِصْرِهِ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّـيّـِبَاتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ (26)

“Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas dibumi,kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu,maka Allah memberi kamu tempat bermastautin dan diperkuatkannya kamu dengan pertolongannya, serta dikurniakannya kamu dari rezki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur” (al-anfal:26)

Hari ketika mana bilangan muslimin yang sedikit tetapi bersama Allah,maka Allah juga bersama mereka, tapi kita sekarang, bilangan yang berbilion-bilion, tidak bersama Allah,hanyalah seperti hidanagan yang enak dihadapan orang yang gelojoh, hanya menunggu masa untuk diratah, ataupun seperti buih-buih dilautan,kelihatan banyak tapi tak boleh memberikan kesan apa-apa. Apalah gunanya bilangan yang ramai jika kita tidak bersifat dengan sifat ansorullah.

Firman Allah:

....فََأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّامَا يَنْفَعُ النَّاسُ فَيَمْكُثُ فِيْ الأَرْضِ....

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terrbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia ia tetap tinggal dibumi.”(ar-ro’d :17)

Wallahu’alam...

1 comment:

pengunjung said...

betul tak dinafikan dengan mengikut acuan Allah jualah Islam akan kembali bangkit. saya dok fikir bagaimana mahu menyatukan umat2 Islam di seluruh dunia agar bersatu dan kalau boleh berperang dengan kaum2 kafir.

alhamdulillah di m'sia ini ramai juga badan2 dakwah yang menyeru ummah ke arah kebaikan. tak kira dari badan dakwah apa sekalipun.

Related Posts with Thumbnails