Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
“Farhan, aku ingin berkongsi dua kisah, Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah seorang sahabat di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini. Farhan, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan?
“Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya.”
“ Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .”
“ Farhan, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Farhan, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. “
“Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
“Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;
Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!
‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.’
“Farhan, ada satu cerita yang ingin dikongsi. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. “
“Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. “
“Keinginan Aya tercapai. Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. “
“Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia mengingati Allah. “Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. “
“Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.”
“Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.
“Pasti Farhan ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya. Farhan, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. “
!! Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan.
Kata Saidina Umar,
3 comments:
like..buat sendiri cerpen ini?
Subhanallah moga ana ada semangat yg tinggi mcm kwn Farhan tu. Tapi sahabat jangan lupa dalam kita berdakwah kita perlu berfikir sejenak. masih segar diingatan ana kata2 ustaz Syafie "jika kamu orang surau jika kamu orang dalam medan dakwah biarlah org pandang kamu tinggi" apa maksudnya, kita bukan sahaja perlu kejar kejayaan di akhirat malah kejayaan didunia juga penting. nak bagi org pandang tinggi dengan kita maka CGPA perlu tinggi, bukan apa nanti orang akan pandang kita "walaupun dia kuat berdakwah dan ahli surau tapi dia juga pelajar contoh dalam kelas dari segi pembelajaran" (contohnya) Nah tidakkah kalau begitu, ramai yg akan lebh memandang Islam ni syumul.(sungguh mulia kerja dakwah itu),maf kalau terasa atau terkasar bahasa.
Salam..Alhamdulillah,bgus crita n pengajarannya..bg mereka yg berdakwah dugaan utk d hadapi mmg brat n bukan mudah..lebih2 lg dlm bab mnuntut ilmu Allah..bnyk pengrbanan yg perlu d lakukan.moga Allah mempermudahkan sgala urusan kita..insyAllah..
Post a Comment