لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Monday, November 29, 2010

HaRi EsOk UntuK IsLam (Bhg I)


Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangnan islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat islam apabila umat islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olah kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al-fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran berleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. FAJAR islam akan MENYINGSING tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi akan mentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya..

Firman Allah Taala :

“Mereka cubauntuk mamadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-NYA walaupun orang kafir tidak menyukai

[At-Taubah : 32]

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah Rasulullah Saw, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat2 tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Didalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada suraqah yang cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awa, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan Al-Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah Saw mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi inidan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah Saw kepada mereka.


InsyaAllah sekiranya Allah s.w.t masih memberikan kekuatan kepada diri ini untuk mengerakkan jari-jemari ini terus menari, jumpa lagi di di bhg II nanti..(^_^)..

Selamat Membaca !

~Wallahua'lam~

2 comments:

Trx said...

nice 1. (^_^)

Anonymous said...

tp boleh ke smngt2 org islam y dulu akn bngkit smula sekarang ni...


Related Posts with Thumbnails