لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Wednesday, October 27, 2010

Mereka Tidak Sama





Salam Sesuci Kasih Illahi Buat semua pengunjung laman Muhasabahhamba nie..

sebelum meneruskan lagi kalam ini, jom kita sama muhasabah jap sebagai seorang hamba


:: lets zikrullah together ::

سبحان الله
الحمد لله
لا اله ألا الله
الله اكبر

~الحمد لله ~

Ok, untuk entri kali ni, pena ini ingin menimbulkan 1 persoalan untuk semua yang sudi membaca dan menjawab persoalan nie...

Dah bersedia @ belum agak2nya untuk menjawab persoalan nie..?

Persoalan apa ye..?

Ish, banyak betul Question mark kat atas tu kan..?

Ok, cmni..pada suatu petang yang damai, didalam sebuah bilik di kampus, sambil duk lepak2 minum petang..Ade seorang sahabat yang cuba memecahkan suasana damai itu dengan menimbulkan 1 persoalan kepada sahabat2nya..huh..persoalan demi persoalan berlegar2 di kepala kan..=)

:: SITUASI ::

Dalam satu situasi, ada seorang hamba Allah ni (si A), dia sentiasa ni mengabaikan solatnya..sehinggakan kadang2 tu sampaikan dia sengaja meninggalkan solatnya oleh kerana sibuk dengan assignment, berdating dengan kekasih hati, berchit-chat di fesbuk & ym, bermain game membaca komik dan sebagainya yang sewaktu dengannya..




Dalam 1 situasi yang lain, ada seorang hamba Allah ni (si B), seorang yang sangat taat pada perintah Allah..sentiasa melaksanakan perintah Allah dengan menjaga solatnya dan ibadahnya pada Allah SWT..sentiasa solat di awal waktu dan berjemaah..

:: UJIAN ::

Tiba-tiba pada suatu hari, Allah SWT telah menguji kedua-dua hambaNYA tersebut..Ujiannya kenikmatan dunia yang sementara, iaitu mereka telah telah melakukan kemurkaan pada Allah dengan melakukan zina..

:: ANGGAPAN ::

Mereka Sama..??

Ya Allah.. satu kejutan apabila orang ramai mengetahuinya..bukanlah terkejut pada perbuatan si A tadi tu.. mereka rasa tak hairan la kalau si A tu berzina, oleh dengan perbuatannya yang sering melakukan dosa dan lalai kepada Allah..

Tetapi sebenarnya mereka terkejut dengan perbuatan si B..mane tak terkejutnye, seorang yang sangat taat dan sentiasa menjaga ibadahnya pada Allah, sampai boleh melakukan zina..

Jadi mereka mengatakan kedua-dua hamba Allah yang melakukan zina ni sama je.. takde beza pun mereka berdua walaupun sorang suka melakukan maksiat dan sorang lagi sangat taat dan menjaga ibadahnya sebelum ni..

::PERSOALAN::

Betul ke mereka sama..??

Mereka Tidak Sama!

Ish, kenapa mereka tidak sama sedangkan kedua-dua maksiat (zina).
Ok, meh nak leraikan persoalan ni.. mereka tak sama sebenarnya, kerana si A yang melakukan maksiat ni akan terus dibuai dan selesa dengan perbuatan maksiatnya itu tanpa ada perasaan takut dan gentar pada azab Allah..kerana sudah menjadi kebiasaan padanya perbuatan2 maksiat tersebut.

Tetapi si B pula, setelah dia melakukan maksiat, akan ada perasaan bersalah, malu dan takut pada Allah dalam dirinya..kerana dia mengetahui azab dari Allah bagi orang yang melakukan kemurkaan padaNYA, dan hanya dengan bertaubat saja dapat menghapuskan dosa-dosanya..Lantas dia akan terus bertaubat memohon keampunan kepada Allah akan dosa yang telah dilakukannya itu..

Sebagai khulasoh ;-

Peliharalah Solat kita, kerana solat itu dapat mencegah dari perkara mungkar..dan dengan menjaga ibadah solat juga menjadi 1 bentang untuk kita merasa takut,malu, bersalah dan seterusnya terus bertaubat kepada Allah apabila melakukan perbuatan maksiat dan dosa padaNYA..

~Wallahua'lam~


No comments:


Related Posts with Thumbnails