لا أله الا الله محمد رسول الله

:: Madah PujanGGa ::

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Datang Lagi...




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak..!!

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu"

(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban & Baihaqi)

Alhamdulillah..sepanjat kesyukuran kehadrat Allah SWT dengan limpah Rahmat serta kasih sayangNYA masih lagi memberikan kesempatan kepada hamba-hambaNYA ini untuk berada di madrasah Ramadhan pada tahun ni yang akan bermula sudah tak sampai 24 jam lagi...

Ya Allah..Hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hati hambaMu ini untuk bertemu Ramadhan...kenapa tetibe je hati kita ni gembira bila datangnya Ramadhan..?? kenape ye..

kerana Di bulan bulan Ramadhan ni lah Allah SWT telah menjanjikan pelbagai tawaran & promosi untuk hamba-hambaNYA yang ingin mencari keredhaanNya sebagaimana kalau kita lihat promosi & tawaran bila nak masuk musim perayaan...sangat hebat sambutannya kan..?

Begitulah harapannya semoga promosi & tawaran yang sangat hebat dari Allah ni mendapat sambutan yang hebat juga dari kita selaku hamba yang beriman & bertaqwa kepadaNya..

Antara promosi & tawaran yang disediakan :-

10 Hari pertama, Allah melimpahkan RahmatNya

10 Hari kedua, Allah memberikan KeampunanNya

10 Hari ketiga, Allah menjanjikan pembebasan daripada Api Neraka

Special Edition :-



Allah SWT menyediakan Lailatul Qadr, pada 10 malam yang terakhir, yang mana pada malam tersebut 1000 bulan lebih baik dari bulan-bulan lain bagi mereka yang beramal ibadat kepada Allah..

sebagaimana firman Allah :

"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"

Al-Qadr : 2-3

&

tawaran special edition dari Allah yang takde dalam bulan2 lain ialah setiap amalan di lipat gandakan pahala oleh Allah...wah, sungguh hebat dan banyak promosi dari Allah untuk kita di bulan Ramadhan ni kan..

jadi....
apa lagi...????

jom sama-sama kita beramal ibadah kepada Allah SWT dengan sebanyak yang mugkin.semoga setiap amalan kita bernilai ibadah dcc Allah SWT..Ameen ya Rabbal Alamin...Wallahua'lam..=D

Wednesday, August 4, 2010

Hikmah Dari Seekor Ulat


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkal Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suaranya sambil membaca kitab Az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu..

Lalu Nabi Daud A.S berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca "Subhanallahu Walhamdulillahi Wala Ilaha Illalahu Wallahu Akbar" setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku membaca "Allahumma Solli Ala Muhammadin Annabiyyil Ummiyyi Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim" setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S, "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud A.S menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT. Maka Nabi Daud A.S pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Begitulah wahai sahabat-sahabat sikap para Nabi A.S apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan. Maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT .bKisah-kisah yang berlaku pada zaman nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini..

~Let's Zikrullah~

~Renungan buat Hamba Yang Ingin kembali kepada Illahi~

Wallahua'lam..=D

Sunday, August 1, 2010

Bacalah Al-Quran..




Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan Orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dulu

JANGAN.....

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah san sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di ym & fb, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergayut di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menonton televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca

kenapa tak baca..???
Tak sempat..
Busy..
Tak faham..
Tak reti..
Malas..


Dapat surat dari buah hati
kamu boleh baca..
Dapat surat dari Allah..
kenapa kamu tak boleh baca..???
Rugi..rugi..rugi..
itu sajalah bekalan
untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kal tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi..
Kubur kata mari sini..
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi


Renungan Buat Diriku, Sahabat dan Teman...

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah inisiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran meninggalkan pergi
Hanya tulisan sahaja yang tinggal
Lagi istilah juga tidak berguna lagi
Kerana ertiya sudah tidak difahami
Bacalah AL-QURAN hari ini..!!

Jom perbanyakkan Amalan
persediaan menanti Ramadhan
Wallaua'lam...=D




Related Posts with Thumbnails