“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia,
jomlah kita bangkit mengubah segalanya.”
“ Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk.
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu.
Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study,
studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat
kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang
lain terhadap Islam..”
“ Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit ...”
“Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni? “
“Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit. Bila dakwah di atas,
pelajaran di bawah Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah
namanya. Dan tu bukan belajar namanya!”
“ Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely
proportional.”
“ Apa maksud kau?”
“ Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam
pelajarannya”
“Aku tidak faham!”
“ Tak pe, aku terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak
study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa
hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta.
Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah.
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau
orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab
ada keberkatan masa dalam studynya itu”.
“ Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku
ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?”
“ Tak, itu bukan maksud aku! Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat
kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.
“ Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?”
“ Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat
hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati.
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita
melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi
tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan
Allah.
“ Lia dah faham. Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi
tak masuk-masuk Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah Lia yang tahu
hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut”
“Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam
setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka
merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam. Lia, itulah
yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan
sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.”
“Lia, aku ingin berkongsi
dua kisah, Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua
kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan
bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini. Lia,
kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan?
“Dakwahnya menyinari hati
umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di
gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya.”
“ Tanyakan sahaja di jalanan
di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua
mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .”
“ Lia, aku akui sememangnya
untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan
Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. “
“Untuk memastikan kejayaan
dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan
Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
“Lia, aku kongsikan
pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al
Banna; itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia
pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang
terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah”.
“Di sudut lainnya, dia
tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin
memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia
pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;
Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang
baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau
menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui
pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!
Lalu
Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk
syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan
ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab;
‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada
hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam
situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi
apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa,
meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.’
“Lia, saya teringat email
yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di
hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil. “
“Kisah ini kisah benar.
Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak
berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia
ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. “
“Keinginan Aya tercapai.
Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya
mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi
orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali
lagi manusia mengucapkan Subhanallah. “
“Dan sekali lagi orang
ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak
dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada
suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan
suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia
mengingati Allah. “Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan
utama. “
“Ingat lagi tentang
Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji
bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan
dapat melihat bilangan musuh.”
“Akhirnya dia syahid.
Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka
parah yang dialaminya. Subhanallah.
“Pasti Lia ingat lagi
Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa
yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya. Lia,
kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. “
!! Ayuh berada
dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa
perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan
pengorbanan.
Kata Saidina Umar,
Tegakkan Islam dalam dirimu,
nescaya akan tertegak Islam di bumimu